Dh lama aku tak hapdet blog ni. reasonnye aku malas nak update.. hehe.. Macam-macam hal yang terjadi sejak awal tahun ni. Yang sedih, yang happy, yang terharu.. mcm2 la..
Aku citer ikut kronologi dr awal tahun ape yg macam2 hal terjadi tu. First nape aku jarang blog start dari ujung bulan januari ari tu adalah sebab bapa aku sakit. Admitted 18 ari kt respiratory ward. Paru-paru berair. Nasib baik blum tahap paru-paru dijangkiti kuman. Patut ler bapa aku asyik demam je. kekadang dlm sehari smpai 3 kali demam. Tiap-tiap mlm memang berjaga la sebab bapa aku tak bleh tidokalau demam. Bila demam bapa aku selalu mengerang sakit. Aku plak memang sejak bapa aku dh tak sihat ni aku dh tak tido bilik aku dah. Aku tido bilik mak bapa aku. Senang aku nk jaga kalo ape2 jadik. Mak aku pn tak sihat gak. Selalu sakit kaki and demam. Dalam masa 18 ari kt ward tu, aku berulang alik dr umah gi hsptal pastu gi office. Lunch time atau dlm kul 2 aku dah gi hspital blk. Nasib baik la boss aku jenis jarang masuk ofis n tak kisah. Memang ofis aku ni orang tak kisah masuk keje ke tak masuk ke sama je. kalu masuk ofis sejam je pun dh kira hadir.. hehe.. mane nk cari company camni? hehe.. Alhamdulillah skang ni dah ok skit. dh x demam slalu. tido pn dah ok.

Bulan lepas aku takde ape nk citer. Citer2 biasa je. Sebab tu ler aku malas nk update blog aku ni sbab aku takde citer nak diceritakan. hehe.. boring je idup aku ni. kalo tak gi ofis aku dok umah je.. so bored..
Awal bln ari tu cousin aku kawin. Tu pun aku tak dpt datang awal nk tolong2 ape yang patut sebab ari 2 ari sblum cousin aku kawin bapa aku admitted lg 1 nite utk amik sample isi for test. Lepas blk dari hspital tu bapa aku start sakit blk tp tak le teruk sgt mcm sebelum ni. Nasib baik le dia cepat sembuh.

Pelamin Bajau

Zaiton & Hairi
Bila bapa aku dh ok aku gi ikut abang aku n kakak ipar aku gi Lahad Datu. Dr umah aku bertolak jam 7 mlm smpai kt Felda Resort Lahad Datu kul 7 pagi. Penat duduk dlm kete. Stay 1 mlm je. Tp best ler dpt hijaukan mata ni.


Dalam bln ni je 3 kali buat kenduri kt umah. 7/3 kenduri arwah utk abang aku yg dh meninggal 6 thn. Sedih je bile ingat arwah abang aku tu. Masa dia meninggal anak dia yang bongsu baru umur 3 thn kalo tak silap aku. Skrg ni dah 9 tahun. 15/3 kenduri khatan. penat giler buat kenduri ni sebab kakak aku buat besar-besaran utk anak bongsu dia tu. Sehari sebelum tu dah prepare ape yang patut. Skang aku dh bleh masak utk kenduri2. Tu yang penat tu. Pastu ari sabtu lepas 22/3 kenduri arwah lagi. kali ni kakak ipar aku buat kenduri utk arwah bapa dia merangkap bapa mentua abang aku ler. baru je meniggal tak sampai sebulan. Terkezut aku dengar berita tu sebab sebelum ni aku tgk cam sihat je.
Tadi aku baru je balik dari hspital gi ziarah anak sepupu aku tgh sakit kt ICU. Baru je ari khamis lepas aku gi lawat dia kt hspital dia msh sedar, bleh cakap lg. tadi aku tengok dah koma. Kesian aku tgk mak dia. umur anak sepupu aku tu sebaya ngan aku. kawan skolah aku gak dulu. Bila aku pegang tangan dia tadi sejuk giler, bengkak mcm penuh air. keras je tangan dia. Harap2 dia akan sembuh dan sedar dr koma.

Besday Nurul
Actually ade banyak gambar tp aku malas nk upload sebab dh dekat kul 5. Nak balik dah.. Minggu ni aku nak gi Jakarta and Bandung.. Tak sabar nak tunggu ari Khamis ni.. hehe.. Let's ENJOYYY....
0 comments:
Post a Comment